Thursday, November 26, 2009

KaMpUng KaMi AlA2 zOO NEgArA

1.Buaya

KUANTAN - "Saya lihat buaya tembaga sebesar kanak-kanak berjemur dengan mulutnya ternganga luas bagaikan menanti kera yang bermain di tebing sungai itu terjatuh untuk dibaham."

Demikian kata Ramlan Mat, 42, ketika menceritakan pengalamannya terserempak dengan seekor buaya tembaga sepanjang kira-kira satu meter pada pukul 11 pagi di alur Sungai Kuantan berdekatan Taman Perumahan Sungai Isap, di sini Selasa lalu.

Ramlan yang tinggal berhampiran sungai itu menyatakan, ketika melihat buaya tembaga itu buat kali pertama, beliau tidak menyangka haiwan berkenaan adalah buaya kerana ia menyerupai sebatang kayu balak.

"Sekali imbas, memang saya tidak perasan ia adalah buaya ketika muncul di tebing sungai ini dan hanya menyedarinya apabila haiwan itu mengangakan mulut dan cuba menangkap kera yang bermain di atas pokok berhampiran sungai.

buaya1
"Berdasarkan pemerhatian saya, muncung haiwan itu pendek dan tidak panjang seperti yang biasa saya lihat dan warna kulitnya seakan-akan kuning tembaga," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, beliau yang sering turun ke sungai untuk mengail udang pernah bertembung dengan reptilia itu beberapa kali ketika menjalankan aktiviti tersebut.

"Kali terakhir saya lihat adalah buaya sebesar pintu rumah pada bulan puasa lalu di sebatang sungai berhampiran Bukit Rangin, jadi tidak pelik jika binatang itu berada di sini kerana ia merupakan habitatnya.

"Namun, apa yang saya risau kini adalah keselamatan kanak-kanak di sekitar Sungai Isap terutamanya ketika banjir berlaku. Ini mungkin menyebabkan ia naik ke darat dan menyerang manusia," katanya.

2.Beruk

KUANTAN, 23 Nov (Bernama) -- Tiga kanak-kanak cedera selepas diserang beruk jantan liar di Taman Murni, Sungai Isap dekat sini, Isnin dan semalam.

Fatini Sakira Ahmad Safri, 2, diserang beruk itu pada kira-kira 8 pagi ini manakala dua lagi iaitu, Khairul Azwan Khairudin, 14, dan Nuha Nurfaiqah Sheikh Akhbar, 7, dikatakan diserang beruk yang sama Ahad malam.

Fatini Sakira cedera di pangkal paha dan tangan kirinya selepas diserang beruk liar terbabit ketika sedang bermain bersama kakaknya di dalam rumah datuk mereka, manakala Khairul Azwan ketika makan bersama keluarganya di warung berhampiran rumah mereka.

Nuha Nurfaiqah pula diserang beruk itu ketika berada di rumah ibu saudaranya di taman berkenaan.

Datuk kepada Fatini Sakira, Mohamad Yassin Khalid, 62, berkata beruk itu memasuki rumahnya menerusi pintu hadapan yang tidak ditutup.

"Ketika itu saya hendak keluar membeli sarapan pagi apabila mendengar cucu saya menjerit dan segera masuk semula ke dalam rumah dan mendapati beruk itu sedang menggigit cucu saya.

"Saya mengambil sebilah parang untuk menghalaunya keluar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Khairul Azwan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin menerima enam jahitan di lengan kanannya yang digigit beruk itu pada kira-kira pukul 9 malam tadi.

Setengah jam selepas itu, beruk yang sama dikatakan menyerang Nuha Nurfaiqah yang ketika itu baru tiba di rumah ibu saudaranya di taman berkenaan, menyebabkan murid Sekolah Kebangsaan Jaya Gading itu cedera di kedua-dua tangan dan kaki kanannya.

"Ketika kejadian, anak saya sedang memegang coklat dan secara tiba-tiba diserang beruk itu," kata ibu kanak-kanak itu Nor Jahan Ahmad, 38.

3.Ular sawa

Ya,baby ular sawa pernah menyorok dalam kulit kayu mati di dalam kawasan rumahku~

Inilah sg isap~ :)

Where human and animals live...suspiciously

nota PERLU LIHAT:entry ini aku dapatkan dari megatfikir.blogspot.com..thanks megat..nnt dtg umah aku bwk rendang mak ko yer..hahhahah

6 comments:

  1. memang meriah!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. chenta-kampung ku yg sgt meriah..meh la buat lawatan..huhu

    ReplyDelete
  3. wahhh..semua binatang liar tue.ish22.mmg tergolong dlm kawasan hutan terpelihara nie.hahah

    ReplyDelete
  4. wdj owner-amboi gelak yer..kampung awak jgk ni tau..

    Mr K-aah..pesal wey..kg ko kat cni ker..hihihi

    ReplyDelete
  5. hahaha nice hometown...semua da...najihah dah xperlu pergi zoo negara lagi...semua ada di sg isap!

    ReplyDelete