Thursday, November 18, 2010

anak-anak perantauan

semalam hari raya..hari raya korban..dan aku tersadai di USM tanpa pulang ke kampung..ya..ni kali pertama aku beraya di negeri orang tanpa seorang pun ahli keluarga..sangat la rasa macam nak nangis sambil tersedu-sedu..tapi aku sangat pasti bukan aku sahaja yang macam ni..kawan-kawan aku pun..semua tak balik..jadi kesimpulannya kami beraya bersama-sama..walaupun penuh dengan kesedihan kami gagahkan juga untuk tersenyum sambil ketawa.huhuhu.(skema kan ayat aku)

pagi raya macam biasa..tetap sarapan pagi dengan rendang..yelah kan..tetap jugak nak merasa raya macam kat umah..rendang mesti ada..malam tu kami berhempas pulas menyiapkan semua tu.tanpa rendang, raya kami tak bermakna langsung..jadi kami telah membeli-belah ala-ala macam nak buat rumah terbuka..hehhehehe..

boleh tahan jugak la raya kami ni..walaupun like-like jer..tapi boleh la nak hilangkan rasa
sedih tu jap..apa-apa pun..jom la tengok gambar-gambar ni..gambar menceritakan segalanya..:-)



kami raya bersama-sama..susah-senang kami bersama..terima la ucapan hari raya dari kami yang anggun di hari raya..




persiapan malam raya..nak masak rendang,tumis sotong dan lodeh..kami main masak-masak tapi guna bahan yang betul.terima kasih untuk cik huda kerana menjadi "mak" dan chef yang terbaek..
kami jalan-jalan raya kat atas bukit..sambil menjadi sangat mesra dengan kamera


teman-teman yang menemani aku dari pagi sampai malam..petang raya yang sangat manes untuk di kenang.

senyuman yang bukan palsu tapi benar..



nota raya korban kedua: kenangan yang cukup indah untuk di kenang dan nanti ada la cerita untuk di ceritakan kepada generasi akan datang..

8 comments:

  1. camana ko wat album gmbar tu

    ReplyDelete
  2. megat-ada la..rahsia..hehehhe..balik kuantan aku gtau..

    ReplyDelete
  3. posing atas bukit macam nak buat seolah2 kat oversea la ek.huhu

    ReplyDelete
  4. aah la kiah...dgn bunga2 tulip lg..ingat mu braye kt cardiff da td...muahahaha

    ReplyDelete
  5. bestt wooo balik kg ngee hehehe...

    ReplyDelete
  6. wdj owner-aah..mmg pun nk buat mcm tuh..tp tetap x boleh

    intaq-hahhaha..bukan cardiff ni...ni kat wellington dh ni

    c.wan-wekkkk..ngadeee

    ReplyDelete
  7. salam..sy dah masukkan link blog ni dlm bloglist HLN. sila check kat bloglist 'Another Love Nest'. Tolong masukkan link HLN pulak yer kat blog awak ni Thanx :)

    ReplyDelete
  8. Salam cik wani, anda telah ditag hehe...maafkan sy..sy cuma menjalankan tggjwb sosial sebagai blogawan...sila ke link sy ni ye :

    http://sepupusepapatsekawan.blogspot.com/2010/11/contest-kids-baby-photo-contest.html

    ReplyDelete