Sunday, February 06, 2011

MALAYSIA tanah air ku

sungguh!!!bila kita pergi ke negara lain kita memang sangat perlu bersyukur sebab di lahirkan kat Malaysia..kita tak yah tengok negara yang jauh-jauh la..kita tengok Indonesia je la..sangat la serba kekurangan..dan ini bukan aku dengar dari pengalaman orang lain..tapi aku lihat sendiri dengan mata kepala aku..kita kat negara Malaysia ni sangat la beruntung..semua ada..apa yang kita nak semua dapat..tak yah tengok jauh..kita tengok dari segi pendidikan sudah..memang kita jauh lebih okey dari mereka..tapi still masih ada yang tak bersyukur..masih minta lebih-lebih..aishhh..demand kan kita..tapi rakyat mereka langsung tak..terima sahaja..

baru-baru ni aku g medan dan berpeluang melawat ke UNIVERSITI SUMATERA UTARA or lebih dikenali dengan USU.bila sampai sana memang sangat terkejut..memang sangat terpana..kawasannya memang besar tapi bangunan-bangunan mereka tak ubah seperti bangunan lama yang tak terjaga..serba kekurangan..mereka tak de bas..semua pelajar mereka jalan kaki..bayangkan kawasan uni mereka lebih besar dari uni aku..dan mereka berjalan kaki dari satu tempat ke tempat lain. Ooo God..memang pelajar mereka sangat survival..dan aku sebagai seorang pelajar uni pn aku tak sanggup nak jalan kaki dari satu ke tempat yang jauh...tapi pelajar kat sana  memang mempunyai semangat yang sangat tinggi..sirius aku kagum dengan mereka..

yang tu dari segi pengangkutan..kalau korang tengok fasiliti kelas dorang memang sangat tak selesa..uni mereka tak banyak kewangan..kerajaaan negara mereka kurang bagi sokongan dari segi duit..segala benda yang nak guna duit seme bergantung dengan jumlah yuran yang student dorang bayar..kelas dorang still lagi guna kerusi dan meja kayu zaman aku sekolah rendah dulu..tapi still student dorang boleh belajar n active dlm kelas.betul aku gtau ni..bila lecturer dorang tanya je sapa-sapa ada soalan confirm berbondong-bondong yang akan angkat tangan..kalau kelas aku lecturer tanya sapa ada soalan seme berebut-rebut tak nak tanya..beza kan..lebih lagi dorang kekurangan segala tapi keazaman dorang memangggggggg  sangat awesome..agaknya kalau Uni kat negara kita macam tuh confirm ramai yang tunjuk perasaan..huhuhu.sebab tu la kita ni kena bersyukur sangat-sangat duk kat Malaysia ni..jangan nak lebih je sokmo..asyik tengok orang yang kat atas je..lain kali kena selalu jugak tengok orang yang kat bawah..baru sedar diri sikit..

secara jujurnya..bila aku g berjalan ke negara lain aku sangat rasa kesedaran diri aku bertambah..ececece..ahhahahha..betul la kata orang untuk belajar erti hidup tengoklah kehidupan orang yang lebih susah dari kita..baru kita tahu nak hargai apa yang ada depan mata kita..kalau tak jangan harap la..ahha..gambar-gambar di medan post yang lain la..ni pun panjang gila dah..huhuhu..


p/s: bukan untuk memuji atau mengeji tapi ini la realiti kehidupan di sana..sayang Malaysia lebih la..tetiba semangat sayangkan negara mendadak naik..huhuhuhu

1 comment:

  1. kire semangat patriotik la skang ek.bgs2.banyak berjalan luas pandangan

    ReplyDelete