Sunday, June 19, 2011

kamu seorang yang luar biasa

dear en. Abdul Rahim Yahaya,

Selamat Hari Bapa untuk kamu..terima kasih untuk 23 tahun ini yang aku rasakan cukup sempurna dalam membesarkan aku yang mempunyai pelbagai kerenah dan mungkin ucapan terima kasih masih belum cukup untuk membalas jasa kamu..

Sejujurnya, pada pandangan seorang anak yang mempunyai daging dan darah kamu dalam tubuhnya, sudah pasti kamu adalah antara berjuta-juta ayah yang terhebat dan terbagus aku lihat dan untuk itu masih belum terlewat untuk aku katakan yang tanpa kamu hidup aku mungkin tidak sehebat sekarang..sayang kamu bertimbun-timbun..

No comments:

Post a Comment