Saturday, January 28, 2012

Bercuti dan nikah kahwin

Kali ni entry blog aku lebih kepada penceritaan travelog selama seminggu. Mula je cuti sem, aku terus bergerak ke Temerloh, rumah Fadhilah. Tido sana dalam 1 hari. Dalam masa satu hari tu sempat la aku pergi kenduri kawan Fadhilah, tak silap aku namanya Shikin. Tema kenduri tu warna pink.Tahniah Shikin.
Fadhilah and her friends. Nice dress.

Lepas je majlis tu, malam tu terus bertolak ke Kelantan. Penat?? memang sangat penat. Tapi tak per. Yang penting dapat hadir majlis kenduri adik Mr Z. Peneman setia aku,mestilah Fadhilah. Setiap masa bersama. Kiteorang sampai dalam pukul 6 pagi dan di jemput oleh Adinda Anis. Tengah hari tu dalm pukul 2 terus ke Panji. Ni kenduri adik Mr Zul yang ke 3, Tqah dan Fahmi. Meriah sangat. Yang paling buat aku,Fadhilah and Adinda kagum ialah hiasan pelamin,bilik tidur,dan hantaran semua adik dia buat sendiri.Serius impress! Memang kreatif sangat.

Cantik kan pengantin.  Hiasan pelamin SUPERBBB!

 Kek ni adik Mr Z yang ke dua buat, Nurul. Ni blog dia. Serius bes kek red velvet tu. Kejap je aku makan.hahah.

Sahabat setia sepanjang berada di Kelantan. Adinda n Fadhilah. Love u both!


Ni hiasan dalam bilik. Pun Tiqah hias sendiri. Simple but beautiful! Impress lagi.

Siap bergambar semua, kiteorang terus gerak ke KB Mall. Kalau g Kelantan, tak g sana memang tak sah kan. So, adinda bawak kiteorang g sana sambil cuci-cuci mata. Banyak sale. huhuhu. Yang pasti, Kelantan banyak tempa makan bes. Papa n Mama adinda bawak aku dengan Fadhilah g banyak tempat makan. Semua bes dan lazat. Sumpah tak tipu. Nanti aku buat entry kiteorang g jalan-jalan cari makan.hehehe.
Oke, aku rasa entry ni panjang. Dalam 2,3 hari lagi aku update lagi trip Kelantan dan Tganu!

p/s : Terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga Mr Z yang memberi layanan TIPTOP. Terharu. Fadhilah dan Anis , terima kasih kerana menjadi teman paling setia sepanjang di sana. Terharu lagi . Mr Z, kamu antara yang terbaik dari yang terbaik .  Tahniah Puan Nur Atiqah dan En Fahmi.Semoga kekal hingga syurga.

1 comment:

  1. sama2.terharu gak sbb sudi datang.len kali dtg lg ye

    ReplyDelete