Saturday, January 15, 2011

camping oh camping

CAMPING..aku sangat alergik dengan benda tu..kalau aku boleh elak aku nak sangat elak benda alah ni..tapi bila dah gatal sangat nak libatkan diri dengan pengakap ko terima je la semua aktiviti yang dorang tetapkan..dan aktiviti yang paling aku tak suka ialah camping..bukan la benci sangat tapi memang aku tak suka pergi camping pengakap..

dan bila semua wajib pergi aku rasa macam stress giler ok..dah la sepanjang camping tu kena pakai uniform..tak kira malam ke tengah malam ke..semua waktu kena pakai..rimas ok..dah la uniform tu fit pastu seluar aku pulak macam singkat..tension dow..pastu bila sampai sana kena dirikan khemah ape la..siap kena buat gadget yang ntah apa-apa tu..bila hari last kena runtuhkan balik..sia-sia segala penat lelah,peluh yang keluar tau x..satu lagi yang paling tak best kena dengar ceramah..harus la mengantukkan dan waktu macam ni la semua orang tido..mana tak nya sorang-sorang dah tak boleh nak bukak dah mata sebab tiap-tiap malam tak pukul 5 tak tido..jadi conclusionnya waktu ceramah ialah slepping time..hahahahahah..

actually, kem ni ok jer je bagi orang-orang yang memang hard core kepada pengakap..tapi kalau bagi aku yang langsung bukan hard core ni memang la rasa macam sangat dem dan langsung tak best bila ia berkait dengan pengakap..percaya atau tak aku langsung tak tau tentang cara-cara nak buat ikatan yang macam-macam tu..bila orang lain duk mengikat gajet aku tolong tengok je sambil melayan mata yang sentiasa nak tertutup..huhuhu..

btw..aku dapat banyak pengalaman..tu yang penting kan..ngee..ayat biasa la bila dah selesai satu-satu program tu konfem la keluar ayat dapat pengalaman kan..dan aku pun nak guna jugak statement tuh..hikhikhik..dah la..jom tengok gambar yang aku kutip daripada budak-budak pengakap jugak..fuhhhhhhh..panjang entry kali ni..

krew aku..kat sini kalau kumpulan kena panggil krew..up sket gelaran..huhu


tu la menara yang kena runtuhkan balik..nak siapkan punya la lama..runtuhkan punya la kejap..

ok..yang putih tu di panggil tongkat..pagi-pagi buta kami memang wajib buat kawad tongkat..memang pengakap sinonim ye dengan kawad ni..

pagi-pagi jugak ada pemeriksaan baju..so tak pasal je kena keluarkan semua baju letak atas kanvas tu then dorang check nak tengok sesuai ke tak kuantiti baju yang kami bawak utk kem..fokus belakang yer..

krew yang poyo dan konon-konon happening..huhuhu..

p/s: oke la..entry yang panjang untuk hari ni..sesuai la dengan lamanya tak hapdate kan..hahahaha..

6 comments:

  1. tak tukar uniform? ish2.mesti semerbak bau dalam dewan ceramah tue.haha

    ReplyDelete
  2. hahaha..tak tukar ok..mmg sgt semerbak pun..

    ReplyDelete
  3. wow!! lama nya i tak join camping scout..I pun scout jugak.. Kelana Scout. Tapi semenjak kerja dan berpisah jauh dari teman2 seangkatan scout mmg dah tak penah buat kem lagi dah..huhuhu..rindunya..

    ReplyDelete