Monday, October 31, 2011

random #1

assalamualaikum dan hai..lama aku tidak menulis di blog ni..banyak idea tapi aku rasa macam malas untuk bercerita..rasa itu semakin lama semakin tidak ada langsung..hmmm..

sekarang ni, hati sangat fragile..mudah saje mahu mengeluarkan air mata..tadi dapat berita ayah yang berada di tanah suci Mekah kurang sihat..terus rasa down.menangis di bilik air bukan la satu perkara yang bijak tapi mungkin cara terbaik untuk menyembunyikan air mata dr sahabat lain..rasa mahu sahaja peluk adik-adik aku yang berada jauh di pantai timur..biar sama-sama merasai rasa insecure itu..aku mohon pada Yg Kuasa untuk terus memberikan kesihatan yang baik kepada kedua-dua insan yang aku letakkan paling atas dalam jiwa dan hati aku..

rindu kepada mereka bukan la satu yang janggal untuk di luahkan..sungguh aku rindu mereka..setiap hari aku mengira hari..dan mohon cepat la sampai ke tarikh mereka pulang Malaysia.aku tak sabar mahu peluk mereka erat-erat..sekarang pun aku rasa seperti air mata mahu keluar,jadi better berhenti menulis sebelum ia laju keluar dr mata.

p/s :Ya Tuhan, panjangkan lah umur kedua ibu bapa aku,berikan kesihatan yang baik kepada mereka dan kekuatan untuk terus beribadah kepadaMu di sana..



No comments:

Post a Comment