Tuesday, November 15, 2011

1st post in november!

pejam celik pejam celik dah masuk bulan 11..memang aku tidak menidakkan sekarang ni waktu berjalan memang sangat pantas dan dialog biasa yang akan keluar kat bibir manusia 'waa..kejapnye masa berjalan, dah bulan 11 eh dah bulan 12 eh dah masuk tahun baru la '..tu biasa..

rasanya belum terlambat untuk ucap happy eidul adha kepada semua umat Islam. Tahun ini hanya beraya bersama saudara mara sahaja..Haji Ayah and Hajah Emak beraya di Mekah. seronok betul mereka tahun ni sebab beraya sebagai tetamu Allah. aku?insyaAllah aku akan beraya di sana juga dalam tahun terdekat.

Korban? Masih ada. tetap meriah.habis je kerja melapah dan menimbang daging oleh hero-hero pada hari tu, kami buat bbq. makan, bercerita, ketawa, semua ada. seronok bila semua berkumpul di satu tempat. langsung lupa segala bila bersama dengan darah daging sendiri.

Cuti dah habis. so susah dah la nak balik dan minggu sibuk dah dekat. tak de dah minggu senang lenang. tak de dah boleh golek lama-lama atas katil. eh betul ke tak leh golek lama-lama?imposibble.aku? memang tak laaa.. heeee..

Ok assignment baru buat 1 page..tu pun kira satu pencapaian yang membanggakan dan kena buat 1 lagi page..target untuk pagi ni..bye..

No comments:

Post a Comment