Tuesday, June 28, 2011

beruntung jika mempunyai jodoh sebegini..insyaAllah

lupakan kisah penghutang seketika..bila di fikirkan balik, si penghutang tu pun dah besar,anak sulong pulak, mesti la matang dan sudah pasti dia tahu berfikir dengan lebih dewasa,,jadi if dia nak bayar atau tidak itu antara dia dengan Allah. :)

oh..tadi baca blog nurulism and ia berkaitan dengan nora elena yang dah berzaman habis..dan aku pastilah turut menonton drama tu..even hanya tengok episod terakhir pun aku tetap tengok..heee..ok..ayat-ayat di bawah ni nanti aku pinjam daripada nurulism punya blog..so bukan original la..juz mahu kongsi sahaja..


"Sedang semua wanita menggilai Seth Tan, aku tetap tergila-gilakan suamiku. Makin romantis watak si Seth Tan itu, makin terkenang betapa lebih romantisnya suamiku. Bagi bunga? Dukung? Bacakan buku pregnancy? Mengambil cuti demi isteri? -_-”


Dikala semua berkata bahawa lelaki sedemikian tidak wujud, bagi aku, wujud. Sungguhpon bukan dalam bentuk yang sama, tapi wujud.

Untuk peringatan kepada aku, aku, aku dan engkau ; Besar rahmat mendapat suami yang cintakan Allah terlebih dahulu sebelum mencintai isterinya. Tak apalah kalau suami kamu tak selalu bagi bunga. Asal dia selalu berdoa siang malam dalam solatnya untuk isteri. Tak apalah kalau suami kamu tak dukung kamu ketika kaki kamu sakit digigit semut. Asal dia pimpin kamu jalan ke syurga. Tak apalah kalau suami kamu tak bacakan buku pregnancy kuat-kuat sebelum tidur. Asal dia tahu membaca Al-Quran.

Please, please. Jangan  pergi mempertikaikan suami ; Apsal awak tak macam Seth Tan?
Bagi suami-suami, kalau soalan ini terkena batang hidung kamu, kau jawaplah ; SEBAB AKU BUKAN PEROGOL.

Tak mengerti apa aku cakap ini? Bersaksilah engkau bukan pengikut drama Nora Elena. HAHAHAHA."
 ( borrowed from nurulism)

aku suka apa yang nurulism tulis (yang bold merah) tentang itu dan aku turut mengimpikan lelaki yang di gambarkan oleh nurulism tu.moga lelaki yang bakal menemani segenap hidup aku mempunyai cara hidup yang cemerlang seperti di gambarkan..insyaAllah..

p/s: life must go on.


No comments:

Post a Comment