Tuesday, August 30, 2011

MERDEKA-RAYA

salam dan hai..yeah mungkin dah dekat sebulan kot aku tak update blog..bukan sebab sibuk dengan kerja tapi kadang-kadang nafsu untuk menaip dan memerah idea langsung takde..dan mungkin malam ni di bukakan hati untuk membuka dan menulis blog kembali..

selamat hari raya untuk semua insan yang telah berjuang selama sebulan menahan segala nafsu mereka..bersyukurlah kerana masih di beri kesempatan untuk menyambut kemenangan ini..dan tak lupa juga untuk semua rakyat Malaysia yang berjiwa nasionalisme. Selamat Merdeka yang ke 54..satu usia yang cukup matang untuk sebuah negara..

kedua-dua perayaan ini cukup memberikan makna yang dalam kepada aku tentang perjuangan..bukan mahu bercerita tentang sejarah atau segala macam bentuk bahan bertulis tentang kedua-dua perayaan ini tapi cukup lah kalau aku katakan perjuangan yang di laungkan oleh kebanyakkan manusia itu biar lah seiring dengan tindakan dan kata-kata..jangan hanya ikut-ikut dengan orang sekeliling tapi tidak tahu hujung pangkal..

apa-apa pun, aku ada akal dan mata yang masih di pinjamkan oleh Dia untuk berfikir erti kedua-duanya..mohon agar insan lain juga begitu..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT MERDEKA..syukur masih berpeluang mengecapi kedua-duanya...





No comments:

Post a Comment